Thursday, February 24, 2011

puding senyum betawi dgn sos


tetibe je nak post lam blog ni selepas lama dh xtulis.

Bahan-bahan:

1 biji kek gulung betawi
25 gm serbuk agar-agar
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
2 biji kuning telur
1 cawan gula
3 cawan air
1 sudu kecil esen vanila

Sos Butterscotch:

150 gm gula perang
150 gm golden syrup (sirap kencana)
120 ml double cream (krim pekat)
1/2 sudu kecil esen vanila

Cara Menyediakan:

1. Potong kek lapis betawi dan susun di dalam acuan.

2. Panaskan air dan masukkan susu cair, gula serta serbuk agar-agar. Kacau hingga mendidih.

3. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air, kacau hingga sebati kemudian masukkan telur. Kacau lagi hingga rata dan masukkan ke dalam adunan agar-agar. Bila mendidih bolehlah diangkat.

4. Biarkan hingga adunan agar-agar sejuk sedikit barulah dituang ke dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk.

5. Untuk membuat sos butterscotch, masukkan semua bahan sos ke dalam periuk dan kacau sehingga pekat.

6. Puding yang telah beku hendaklah dipotong dan dihidangkan bersama sos butterscotch.

feeling excited to try this :) ngee~nak try buat entah menjadi entahkan tidak.hehe

No comments: