Monday, June 10, 2013

AKhirnya ...

alhamdulillah
lama sudah tidak meng'update' blog
rasa macam sangat rindu tapi nak buat macam mana
blog telah bertukar kepada tulisan arab dan pada hari ini baru berjaya mengubahnya semulaseperti yang dahulu2

banyak perkembangan yang berlaku
22.5 telah ke klinik kesihatan ampangan
dan telah berjaya membuka buku merah :)
excited sangat tetapi khabar menyedihkan bila scan baby masih belum dapat dilihat
Dr suruh datang lagi 2 minggu and sepatutnya saya berjumpa kembali dengan Dr pada 7.6 namun disebabkan kesibukan menjalani FINAL EXAM, saya tidak dapat memenuhi temujanji tersebut.
Sabar ye baby :)
Nanti ibu pergi jumpe Dr after i had finished my finale okay dear ?
Jangan nakal2 kat dalam tu ye.

Syukur jugakla sebab tiada alahan dan muntah2
Cuma selera je yg kejap tidak menentu
Mungkin disebabkan gastrik, sakit perut selalu menjengah dan kena asyik makan je keja

He he he

PIPI pon dah makin tembam nie :)
Xpe lah. Ayah baby cakap asalkan sihat, xpe je tembam sikit Hehe

Like sangat!

Inshaallah hari Jumaat nanti akan berjumpe Dr sekiranya berksempatan

Doakan semoga lulus dengan cemerlang untuk final kali ini.
Dah semester akhir kot !

Friday, April 26, 2013

stil blur

penat sungguh duk ulang alik dari tandas.
hurm hurm

line masih kabur.
waiting 5 more days to get the confirmation

Tuesday, April 9, 2013

dilema wanita

tengok cerita DILEMA WANITA
sedih tgk cite ni
ibu meroyan setelah beranak
cemburu dengan anak sendiri
suami balik je, tanya pasal anak
pasal si isteri yang melahirkan anak ni xtanya pulak
bahaya jugak ye

inilah maksudnya wanita ni lebih emosi dari akal
wanita yang kuat adalah wanita yang pandai mengawal emosi
bukannya emosi yang mengawalnya.

mintak jauh la dari benda2 macam ni...

Monday, April 1, 2013

amalan PJJ

baru balik dari seremban
kepala duk pusing-pusing
baru teringat en hubby dari semalam lg duk pening
letak vick pon kejap je 
tak tahulah ade kesan tak

sebab tu kot en hubby cakap nak rest je petang ni :D
maaf lah isteri xboleh berada di sisi en hubby ketika ni
ade tugas yang lebih penting 
esok ade test politik
harap2 sempat baca sampai habis
dan tidak mengecewakan en hubby


Friday, March 22, 2013

Sibuk dan menyibukkan diri

Salam semua

jarang sangat dah taip kat sini, duk taip kat assignment jer
tapi rasa macam assgmnt tu pon xbergerak-gerak jugak rasanya
suamiku balik kampung
meninggalkanku sendirian di Tanjong Malim
kak iparku kahwin
dan hanya ucapan semoga berbahagia yang mampu kuberikan
keadaan tidak mengizinkanku pergi ke sana
keadaan yang tidak sihat sepenuhnya
berbekalkan assignment yang berlambak
dan kelas yang terpaksa ku hadiri
membuatkan diriku tidak berganjak untuk terus berjuang di sini

bosan
dan tak tahu nak buat apa
walaupun assignmnt byk yang tetunggak 
*hurm hurm*

mood: semoga Abang balik dengan selamat

Wednesday, February 20, 2013

bila bergelar seorang isteri

salam alaik :)

alhamdulillah bersua kembali 
sangat sibuk setelah bergelar seorang isteri kepada seorang suami 
sekarang berjauhan dengan suami
hanya rindu yang mampu ku ungkapkan
nak peluk cium sume ada HAHA
rutin harian lah tue...

kepada suami saya, saya bersyukur sangat punya suami seperti anda
yang boleh menerima kelemahan diri ini
semoga kita menjadi suami isteri hingga syurga 
dengan redha sang Pencipta

Seminggu bercuti
4 hari umah mak ayah
4 hari umah ma abah
alhamdulillah sebab keluarga mertua baik
kak2 ipar pon sangat baik
xde lah rase terpinggir bila duk umah mertua
dah la keja kena sumbat ngan makanan jer
ase dah tembam dah pipi ni
makan mee kari, laksa siam, ikan dan ayam bakar, char kuey teow, tomyam
best makan umah mertua
dah blaja yang patut belajar
siap bagi rempah lagi buat menantu ni hehehe
kat umah mak pulak makan nasi ayam, dan bihun soto 

patutlah jerawat makin hinggap kat muka ni,
banyak sgt dah makan :D
hehe

sekarang, kat kolej.
menghitung hari nak balik bertemu suami kat umah
RINDU sangat dah ! Ahaks :D
okay, nak tengok sikit tugasan yang dah dapat nie. 
out dulu ya...

sebelum terlupa, nak post satu gambar kami kat cameron


Sekian, hingga berjumpa kembali ~