Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Sibuk dan menyibukkan diri

Salam semua

jarang sangat dah taip kat sini, duk taip kat assignment jer
tapi rasa macam assgmnt tu pon xbergerak-gerak jugak rasanya
suamiku balik kampung
meninggalkanku sendirian di Tanjong Malim
kak iparku kahwin
dan hanya ucapan semoga berbahagia yang mampu kuberikan
keadaan tidak mengizinkanku pergi ke sana
keadaan yang tidak sihat sepenuhnya
berbekalkan assignment yang berlambak
dan kelas yang terpaksa ku hadiri
membuatkan diriku tidak berganjak untuk terus berjuang di sini

bosan
dan tak tahu nak buat apa
walaupun assignmnt byk yang tetunggak 
*hurm hurm*

mood: semoga Abang balik dengan selamat

Saturday, December 22, 2012

Duit oh duit

meniti hari bahagia 

yang terakhir kali dengan duit AYAH & MAK

bermula 27hb Januari tahun depan


bermulalah nafkah SUAMI


kena berjimat

banyak lagi nak pakai


jangan tunggu sampai pokai !

Sekian.

Petua Penawar Kepenatan

23.12.2012


Petua Penawar Kepenatan


1. Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

2.Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

3. Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Friday, December 21, 2012

Jumaat, 21-12-2012

hari ni 21.12.2012 
tak banyak kerja yang siap hari ni
kadang2 banyak memikirkan tentang kahwin lagi
bukan senang nak kahwin
bukan material je, mental dan fizikal juga

menghitung hari
detik demi detik
tapi bukan persiapan perkahwinan yang dibuat
tapi persiapan untuk siapkan tesis

banyak lagi nak kena buat
kena tambah gear
takleh malas2
dah nak jadi bini orang dah ni
heheh


persiapan kahwin:
bab 1: PENGENALAN
bab 2: KAJIAN LEPAS
bab 3: METODOLOGI


dah siap semua ni, baru lah hatiku ini tenang

moga dipermudah segala urusan.

okay, sekian.
tunggu azan maghrib jer ni

Wednesday, December 19, 2012

Khamis, 20122012

assalamualaikum...

hari ni hari khamis. dilah dah balik taiping.
sepupu dye kot nak kahwin.
dye kena ada...
orang kuat majlis la dikatakan...

so, pagi tadi dah hantar dilah ke stesen bas dengan tunang saya
hehehe
dah hantar tu, pegi makan.
sebenarnya janji ngan Dayat ( kawan tunang saya )
tapi dye lambat sket sebab baru bangun.
hehehe

so, makanlah dan dihantar ke kampus.

sebabtu lah saya boleh update blog harini :)
duk sensorang je kat library bainun nie.

apakan naseb... kawan sume dah lari balik
huhu :(

i still have about 16 days to stay here.
luckily juniors still at home, 
they didnt want to go back
'study' kata mereka...
hehehe
dyrg xhomesick xpelah.



mood: xsabar nak KAHW*N! 

HAHA

okay, cukup sudah setakat ini
nak baiki tesis ni. banyak lagi xsiap.
adoyai

doakan saya dapat siapkan kerja selama duk cni yer. taataaaa~

Tuesday, December 18, 2012

my engagement day

hari yang membuat hati ini berdebar
 ayah tersenyum lepas menyarungkan cincin kat tunang saya..
bakal menantu ayah la ni
 ni waktu cik na pergi jemput rombongan masuk umah
mak mertua saya.... lama kot duk salam2 ni...byk sangat camera...hehe

yang pasti, saya gembira + malu + bahagia

p/s: maaf lah tak ikot susunan masa...haha
doakan kebahagiaan kami :)

Monday, February 6, 2012

KBR - KLIA - LCCT - KBR

my journey.. ahaks .. dirancang dengan teliti tetapi ada perubahan secara tiba2. hee.
well-planned 

pukul 6pm bergerak ke rumah tok dan tok ayah...salam2 dulu sebelum fly to KL. 
Kat airport, lepas check in MAS.. tgu Insyirah Bazly (syiro) ,
 kawan maisarah untuk sama2 bertolak ke KLIA - JORDAN. 
Masuk ruang menunggu skali ngan shiro dengan mak dan mak saudara dia. 
Sampai di KLIA pun, memang tidak berpisah.

1. dibelanja oleh pak saudara syiro, Uncle Taufiq (Burger King)

2. menumpang di Hotel Pan Pacific Hotel (Bilik 601)



3. dilawat oleh seorang 'kawan' :D hehe (berjumpe di lobi hotel)

4. ditemani oleh pak saudara bujangku (sekitar hotel)
~ ambik gambar banyak2 la. 
bukan senang nak masuk hotel mewah. 
ahaks!
 tuah badan, nak buat camner. 
hehehe.



bersama ayh hir with canon :) ahaks! ni best ni leh snap2 gambar byk2 nie...hehe



bergambar bersama maisarah



ni pukul 7lebih pagi,
checked out hotel menuju ke KLIA untuk budak2 nie check in oman air...
hehe.
 tapi flight tunda till 12.00pm.
 erm, i could not wait till dyrg masuk la sbb my fligt kat LCCT pukul 10.20am.
 so, pergi ke LCCT ngan mak cik ina (mak saudara syiro) 
tepat2 sampai kul 9.20am.
 tapi nak gerak masuk pun amik masa se dua minit...
 web check in xleh guna dah. so, kena guna kaunter
. HAHA. 
melayang RM10. tapi takpelah dah banyak FREE sepanjang di KLIA nie. b
ersyukur sangat2 dapat jugak balik KB kul 10.20am 
dan
 tiba di airport lam pukul 11.08am. :)

pengalaman, pengalaman...

Thursday, December 1, 2011

terus terang

kenapa saya nak post pasal terus terang ni?
sebab saya tak suka berbelit
saya tak suka menipu
takut nanti diri tertipu

bukannya bermaksud untuk menyakitkan hati
tapi kadang-kadang sikap ini perlu
supaya keadaan tidak keliru
tidakkah terus terang itu boleh mengelak daripada sebarang ketidakpastian?

~post ini agak mengarut. kawan saya sedang sakit. moga dia cepat sembuh. saya tak suka dikelilingi oleh orang yang sakit kerana saya tak suka lemah. saya nak jadi orang yang kuat. be strong Dalilah!

Wednesday, November 23, 2011

andai terkurang


Kekurangan orang lain itu, mungkin menjadi ladang pahala untuk kita. Supaya kita dapat bersabar dengannya, Berbuat baik padanya, Memaafkan dia dan menutup aibnya. Subhanallah, bila hati kita bersih, tiada orang yang terlihat tidak baik. -stanza cinta

Tuesday, November 22, 2011

bila baca status org

terbaca status kak yang... rasa macam kena je diriku ini hikhikhik

status tersebut adalah;

Bila Allah tarik satu persatu perkara yang kita sayang, suka dan cinta....

ketahuilah sebenarnya, Dia sedang mengajarkan kita sesuatu yang lebih hakiki dan realistik iaitu mencintaiNya lebih dari segala perkara yang kita sayang, suka dan cinta
. :)

sekian.

Thursday, October 27, 2011

check diri sekejap

bila rasa je macam ade masa free dan banyak tugas yang perlu disiapkan, rasa macam diri ini perlu diperbaiki. :)

jom mengeCHECK diri :
1. saya seorang yang degil. dah la hujan, tetap pergi training.
2. saya seorang yang cuai. selalu je ada silap kalo menaip surat, even benda tue hanya sebutir FULLSTOP.
3. saya seorang yang malas. asyik melengahkan masa je kalo buat keja.
4. saya seorang yang manja. haha. yang ni susah sket nak kata, tapi saya selalu je buat muka bila keinginan tu xdapat nak capai. kadang2 malu jugak rasa. HAHA.
5. saya cepat letih. penatnya badan. rasa macam dah lama menaip. haha. so, berhenti setakat ini sbb saya ni cepat letih. SEKIAN.

Sunday, August 28, 2011

besok raya!

besok dah nak raya dah...hehe. baju raya (done), shawl (done), kasut (done). hehe. nak ready2 dah. ayam dah 3 ekor dah disiang tadi. hehe. ni tengah rehat kejap. kuikuikui.

Semangat2! semangat nak beraya! yeahhhh!! oooo raya ooo.. selamat hari raya. maaf zahir dan batin. Andai ada sila atau kekhilafan, maafkanlah diri ini. Diri yang penuh dengan ketidaksempurnaan. HUHU.

Thursday, August 18, 2011

ramadhan 2

Limpahan syukur dipanjatkan kerana masih lagi berupaya menulis warkah yang serba ringkas dalam keadaan yang kurang sihat. Sakit tekak gara-gara minum air sejuk dan tidur dalam penyaman udara. Kuterbaca satu buletin tarbiah yang diusahakan oleh my former school. Tajuknya ‘Cinta Rasulullah S.A.W. pada Kita’. Betapa bersyukurnya dikurniakan seorang Rasul yang cintakan umatnya tanpa mengenal dan melihatnya. Sekarang ku terbayangkan jiwa Rasulullah s.a.w. masih wujud, apakah yang akan kuperkatakan kepadanya? Kelukah aku? Adakah aku mencintainya sebagaimana seharusnya? Apakah akanku menyerahkan sepenuh jiwa dan ragaku untuk mendekatinya supaya baginda juga turut mencintaiku?

Segalanya telah tertulis aku tidaklah layak untuk mencintainya. Aku hanya seorang pendosa yang kerap melakukan kesalahan dan kesilapan, ya Allah. Aku tak layak pun untuk melihatnya apatah lagi untuk berada dekat disampingnya. Tetapi sebenarnya kemanisan dan keistimewaan nikmat dan limpahan ini tidak akan dapat benar-benar kita rasai tanpa menghayati Islam melalui pintu dan manhaj ‘Hubb’ atau cinta dan kasih sayang. Allah ialah asal segala cinta, tanpa cinta kepada-Nya.. cinta kita kepada Rasul dan makhluk juga adalah sia-sia belaka. Segalanya tidak akan berbuah sekiranya tiada cinta yang sebenar iaitu cinta Rasulullah yang perlu dijadikan bekal dan azimat bagi umat Islam dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar pada hari ini.
Alangkah bertuahnya umat pada hari ini kerana dikurniakan Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda mengungkapkan cintanya dengan ungkapan –ungkapan yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya, “ Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.”n(riwayat al-Darimi).
Jika dilihat ibu bapa yang lebih bersifat material yang tidak kekal sifatnya, tetapi Rasulullah adalah bapa yang lain daripada yang lain. Baginda adalah bapa yang paling mithali dan paling layak menerima segala darjah kebesaran dan pujian. Tak lain dan tidak bukan, Rasulullah jugalah bapa yang membelai dan menyubur jiwa dan roh umarnya agar berjaya di sini dan di alam abadi. Hidup dan matinya hanyalah tamak dengan menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anaknya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya yang tercinta. Baginda juga sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan.
Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah at-Taubah ayat 128. Malah, Rasulullah pernah bersabda:
****************
Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kalkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu.
(riwayat Bukhari dan Muslim).

Begitulah cintanya Rasul kepada kita namun kita? Apakah yang kita lakukan untuk membalas cinta seorang Rasul? Adakah dengan melakukan dosa dan maksiat? Adakah dengan membalas komen-komen di facebook semata-mata?

Cubalah nilai betapa murahnya cinta kita andai hanya dituturkan tanpa dibuktikan. Aku hanyalah cinta seorang pendosa yang sering lupa dan alpa dengan godaan dunia.
Sabda Rasulullah SAW, “ Barangsiapa yang menjalin persahabtan kerana Allah, menyatakan permusuhan kerana Allah, dan meninggalkan sesuatu kerana Allah, maka sesungguhnya ia telah melengkapkan imannya, yakni menjadi orang Mu’min yang sempurna”.
Kudambakan kesempurnaan namun tidak keminta kesempurnaan yang bukan menjadi milikku.
‘ No body is perfect. Just trying to be perfecto’

Monday, June 13, 2011

info sket

kepada abdul afiq; i dont know why u cant drop a comment on my post. HAHA. mungkin tak nak bagi virus MEREBAK kot :P HAHA.

p/s; pls try again after you watch this post okay?

Thursday, August 12, 2010

hari bahagia buat diriku :)





hari nie, satu lagi esemen da setel.yg my part la before i'll go through once again to edit the full essay and slides show :)

Alhamdulillah ya Allah. Makin bertambah gembira bile luka di siku makin pulih. Lebam di kaki sudah hampir hilang :)

And last one, i hope that kak ieka's laptop will get better soon :) i dont want her become sad. She helped me alot to survive in here :)

so, hope everything would be fine.