Monday, June 10, 2013

AKhirnya ...

alhamdulillah
lama sudah tidak meng'update' blog
rasa macam sangat rindu tapi nak buat macam mana
blog telah bertukar kepada tulisan arab dan pada hari ini baru berjaya mengubahnya semulaseperti yang dahulu2

banyak perkembangan yang berlaku
22.5 telah ke klinik kesihatan ampangan
dan telah berjaya membuka buku merah :)
excited sangat tetapi khabar menyedihkan bila scan baby masih belum dapat dilihat
Dr suruh datang lagi 2 minggu and sepatutnya saya berjumpa kembali dengan Dr pada 7.6 namun disebabkan kesibukan menjalani FINAL EXAM, saya tidak dapat memenuhi temujanji tersebut.
Sabar ye baby :)
Nanti ibu pergi jumpe Dr after i had finished my finale okay dear ?
Jangan nakal2 kat dalam tu ye.

Syukur jugakla sebab tiada alahan dan muntah2
Cuma selera je yg kejap tidak menentu
Mungkin disebabkan gastrik, sakit perut selalu menjengah dan kena asyik makan je keja

He he he

PIPI pon dah makin tembam nie :)
Xpe lah. Ayah baby cakap asalkan sihat, xpe je tembam sikit Hehe

Like sangat!

Inshaallah hari Jumaat nanti akan berjumpe Dr sekiranya berksempatan

Doakan semoga lulus dengan cemerlang untuk final kali ini.
Dah semester akhir kot !

Friday, April 26, 2013

stil blur

penat sungguh duk ulang alik dari tandas.
hurm hurm

line masih kabur.
waiting 5 more days to get the confirmation

Tuesday, April 9, 2013

dilema wanita

tengok cerita DILEMA WANITA
sedih tgk cite ni
ibu meroyan setelah beranak
cemburu dengan anak sendiri
suami balik je, tanya pasal anak
pasal si isteri yang melahirkan anak ni xtanya pulak
bahaya jugak ye

inilah maksudnya wanita ni lebih emosi dari akal
wanita yang kuat adalah wanita yang pandai mengawal emosi
bukannya emosi yang mengawalnya.

mintak jauh la dari benda2 macam ni...

Monday, April 1, 2013

amalan PJJ

baru balik dari seremban
kepala duk pusing-pusing
baru teringat en hubby dari semalam lg duk pening
letak vick pon kejap je 
tak tahulah ade kesan tak

sebab tu kot en hubby cakap nak rest je petang ni :D
maaf lah isteri xboleh berada di sisi en hubby ketika ni
ade tugas yang lebih penting 
esok ade test politik
harap2 sempat baca sampai habis
dan tidak mengecewakan en hubby


Friday, March 22, 2013

Sibuk dan menyibukkan diri

Salam semua

jarang sangat dah taip kat sini, duk taip kat assignment jer
tapi rasa macam assgmnt tu pon xbergerak-gerak jugak rasanya
suamiku balik kampung
meninggalkanku sendirian di Tanjong Malim
kak iparku kahwin
dan hanya ucapan semoga berbahagia yang mampu kuberikan
keadaan tidak mengizinkanku pergi ke sana
keadaan yang tidak sihat sepenuhnya
berbekalkan assignment yang berlambak
dan kelas yang terpaksa ku hadiri
membuatkan diriku tidak berganjak untuk terus berjuang di sini

bosan
dan tak tahu nak buat apa
walaupun assignmnt byk yang tetunggak 
*hurm hurm*

mood: semoga Abang balik dengan selamat

Wednesday, February 20, 2013

bila bergelar seorang isteri

salam alaik :)

alhamdulillah bersua kembali 
sangat sibuk setelah bergelar seorang isteri kepada seorang suami 
sekarang berjauhan dengan suami
hanya rindu yang mampu ku ungkapkan
nak peluk cium sume ada HAHA
rutin harian lah tue...

kepada suami saya, saya bersyukur sangat punya suami seperti anda
yang boleh menerima kelemahan diri ini
semoga kita menjadi suami isteri hingga syurga 
dengan redha sang Pencipta

Seminggu bercuti
4 hari umah mak ayah
4 hari umah ma abah
alhamdulillah sebab keluarga mertua baik
kak2 ipar pon sangat baik
xde lah rase terpinggir bila duk umah mertua
dah la keja kena sumbat ngan makanan jer
ase dah tembam dah pipi ni
makan mee kari, laksa siam, ikan dan ayam bakar, char kuey teow, tomyam
best makan umah mertua
dah blaja yang patut belajar
siap bagi rempah lagi buat menantu ni hehehe
kat umah mak pulak makan nasi ayam, dan bihun soto 

patutlah jerawat makin hinggap kat muka ni,
banyak sgt dah makan :D
hehe

sekarang, kat kolej.
menghitung hari nak balik bertemu suami kat umah
RINDU sangat dah ! Ahaks :D
okay, nak tengok sikit tugasan yang dah dapat nie. 
out dulu ya...

sebelum terlupa, nak post satu gambar kami kat cameron


Sekian, hingga berjumpa kembali ~

Monday, January 7, 2013

kad kahwin

hari ni first day duk umah
bangun dari jam enam pagi xtido2 pon lagi
duk wat kerja rumah
banyak jugak la...
hehe

penat den :)

dan hari jugak baru boleh upload kad kahwin sebab duk rumah dah

dah boleh scan 


nak tengok?
JOM2x


 yg ni muka depan
 ni peta umah pengantin
dan ni yang dalam kad tue..



cantik tak? 
buat dengan jiran ... bukak kedai printing..


sbenarnya mahal sket tapi xpelah, tolong jiran kan :)

okay ! setakat ni dlu... jemput datang kenduri ye

den xsabar dah nak nikah ni ha
HAHA
salam alaik

Sunday, January 6, 2013

LCCT - KB

alhamdulillah
sebelum jam 1.00pm dah sampai di LCCT

sekarang, dah makan zinger burger KFC dan air stroberi
hehe

kenyang sudaaaa
mengenyangkan betul ye
sebab pagi tadi kuar dengan perut kosong jer
ni gambar lepas makan burger. ada gemuk sikit tak? HAHA
bertambah cumel bila dihadiri oleh jerawat yg kiut tue

*********************
menanti tunang
nak bagi barang sket kat dia
dan nak jumpe buat kali terakhir sebelum kami 
diakadnikahkan 

ni kena cek beg dlu ni
macam bagasi lebih had jer
HAHA

bertambah la berat bila dah makan BURGER kan?

ok, nak fesbuk2 jer dlu sebelum kua dari tempat ni. 

Saturday, January 5, 2013

hati di Kota Bharu

barang separuh dah siap kemas masuk dalam bag
agak2 lebih tak dr 10kg ek?
mintak2 la lepassss
janganlah kastam sekat tengah jalan
aduhai

hati ni xsabar nak balik
nak tidur atas katil baru hehe
katil pengantin :) 

yeay! merindui rumahku di Kota Bharu
nanti dah xleh panggil tu rumahku sebab
daku dah ade rumah baru di Seremban 

moga ini yang terbaik buat diriku 

semalam mimpi ayah
ayah tanya cukup duit ke tak
HAHA
padahal ayah tengah sakit
boleh lagi dapat mimpi suh mintak duit lagi


Woha! (gaya HAMKA)


p/s: moga ayah cepat baik :)

Wednesday, January 2, 2013

TEsis ... bab 2

menanti hari nak balik umah
hari ni khamis
tinggal jumaat, sabtu dan ahad je lagi
huhu

ni pensyarah busy
xsempat nak jumpe lagi untuk approve kan bab 2
adeih...
harap2 sempat jumpe untuk bab 2 ni.

xsabar nak balik
dah tengok rumah sewa KAMI :)
cantek jugak! 
tapi xde seri lagi sebab penyerinya xde lagi
menanti hari perkahwinan

update blog while at coupsi, library.
waiting msgs from Dr. Rahimah

Tuesday, January 1, 2013

Penat.
baru je balik dari kampus dan pekan.
dah lama tak jalan kaki pegi balik dr pekan.
slalu brooooom je ngan motor.
baru terasa penat nye.
penat tu simpan dulu.
sebab ada lagi org yang lagi penat dari saya


Hari ni?
hati ternanti-nanti

bakal suami tengah usahakan yang terbaik buat bakal isteri
perabot sampai hari ni
perkakas elektrik pon sampai hari ni jugak
katanya nak decorate sdri rumah kami
xpelah
bagi jer chance kat bakal suami saya ni
mana tahu ada bakat terpendam kan??
menantikan ubah suai dari hasil tangan bakal suami

Kesian bakal suami.
kena berkejaran dari sekolah ke rumah
dan
dari rumah ke sekolah sebab meeting start kol 3 ptg 
semoga semua selamat
mohon redha ALLAH 

 p/s: ini hanya imaginasi. bukan rumah KAMI. ahaks !

Mood: tak sabar nak masuk umah sewa KAMI :D

Monday, December 31, 2012

01.01.2013


Encik tunang x bagi post banyak-banyak kat FB
huhu

jadi, saya mengambil jalan pintas untuk menulis di blog ini sahaja
sebab saya tahu saya xpunya ramai follower
encik tunang pon dah lama xmenjengah
HEHE

01.01.2013
(bukan mengagungkah tarikh gregory)
Lagi 23 hari saya akan diijabkabulkan
berdebar jugak rasa hati ini
sebab masih berada di Tanjung Malim

Tak sabar menantikan hari tersebut
takut
neves
happy
sedih
semuapon ada

Fuhhh....

Tesis kena siapkan jugak Bab 2 ni


Dan terbang ke Kota Bharu 7 Januari nanti!

Kota Bharu, nantikan saya :D


Saturday, December 22, 2012

Duit oh duit

meniti hari bahagia 

yang terakhir kali dengan duit AYAH & MAK

bermula 27hb Januari tahun depan


bermulalah nafkah SUAMI


kena berjimat

banyak lagi nak pakai


jangan tunggu sampai pokai !

Sekian.

Petua Penawar Kepenatan

23.12.2012


Petua Penawar Kepenatan


1. Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

2.Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

3. Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Friday, December 21, 2012

Jumaat, 21-12-2012

hari ni 21.12.2012 
tak banyak kerja yang siap hari ni
kadang2 banyak memikirkan tentang kahwin lagi
bukan senang nak kahwin
bukan material je, mental dan fizikal juga

menghitung hari
detik demi detik
tapi bukan persiapan perkahwinan yang dibuat
tapi persiapan untuk siapkan tesis

banyak lagi nak kena buat
kena tambah gear
takleh malas2
dah nak jadi bini orang dah ni
heheh


persiapan kahwin:
bab 1: PENGENALAN
bab 2: KAJIAN LEPAS
bab 3: METODOLOGI


dah siap semua ni, baru lah hatiku ini tenang

moga dipermudah segala urusan.

okay, sekian.
tunggu azan maghrib jer ni

Wednesday, December 19, 2012

Khamis, 20122012

assalamualaikum...

hari ni hari khamis. dilah dah balik taiping.
sepupu dye kot nak kahwin.
dye kena ada...
orang kuat majlis la dikatakan...

so, pagi tadi dah hantar dilah ke stesen bas dengan tunang saya
hehehe
dah hantar tu, pegi makan.
sebenarnya janji ngan Dayat ( kawan tunang saya )
tapi dye lambat sket sebab baru bangun.
hehehe

so, makanlah dan dihantar ke kampus.

sebabtu lah saya boleh update blog harini :)
duk sensorang je kat library bainun nie.

apakan naseb... kawan sume dah lari balik
huhu :(

i still have about 16 days to stay here.
luckily juniors still at home, 
they didnt want to go back
'study' kata mereka...
hehehe
dyrg xhomesick xpelah.



mood: xsabar nak KAHW*N! 

HAHA

okay, cukup sudah setakat ini
nak baiki tesis ni. banyak lagi xsiap.
adoyai

doakan saya dapat siapkan kerja selama duk cni yer. taataaaa~

Tuesday, December 18, 2012

my engagement day

hari yang membuat hati ini berdebar
 ayah tersenyum lepas menyarungkan cincin kat tunang saya..
bakal menantu ayah la ni
 ni waktu cik na pergi jemput rombongan masuk umah
mak mertua saya.... lama kot duk salam2 ni...byk sangat camera...hehe

yang pasti, saya gembira + malu + bahagia

p/s: maaf lah tak ikot susunan masa...haha
doakan kebahagiaan kami :)

syoknyer!

hari ni.
belajar sikit dengan Dila Lionce pasal nak edit2 blog nie. thanks tau..
nampak cantek sket kan blog ni? heheh
shuke2

saya kat kolej lagi.
tiga minggu lagi la berkampung di sini sebelum menjejakkan kaki di rumahku.
hati ni berdebar-debar. 

sebab? tahu tak kenapa?
esok, tunang saya sampai kat sini..
esok jugak la dapat kad kahwin kami..
hehehe
hati ni suke sangat.

tak sabar nak kahwin je rase.
(malu-malu) hehehe

tapi itulah yang kenyataannya...


tapi yg xsyok nyer
skg kz xde air...
sedihnyer
nak kena catu air
nak guna air pon skit2 jer
berjimatlah katakan...

okay lah... 
sampai sini jer dlu
nak g tengok lori tangki air datang tak...
hehehe
alamatnye dating tanpa mandi lah besok
HAHA


k, salam sayang dari saya :-)

Friday, June 29, 2012

selamat sejahtera cikgu

mengajar di smk seri puteri ipoh.
 saya cikgu yang baik.
kadang2 je garang.
tengok mood lah :-)