Sunday, August 28, 2011

besok raya!

besok dah nak raya dah...hehe. baju raya (done), shawl (done), kasut (done). hehe. nak ready2 dah. ayam dah 3 ekor dah disiang tadi. hehe. ni tengah rehat kejap. kuikuikui.

Semangat2! semangat nak beraya! yeahhhh!! oooo raya ooo.. selamat hari raya. maaf zahir dan batin. Andai ada sila atau kekhilafan, maafkanlah diri ini. Diri yang penuh dengan ketidaksempurnaan. HUHU.

...

sedihnya bila dengar UPSI di kondem. huhu. memanglah sistem not that okay tapi sedihla. saya je yang boleh condemn not other person. bila dikondem terasa jugak la, tu uni saya. bukannya orang lain. dah 2 tahun blajar kat sana, msti la sayang. xkesa even lecturer tak suke kita ke, tak bagi markah like what we want tapi... hurm. (cuma nak mnyatakan kesedihan di sini)

Btw, pls someone do something. i need a good impression of my own university. :)

Saturday, August 27, 2011

puasa

penat sangat! lama xg jenjalan taim posa. adeh. PENAT. even 2 plastik jew, still using trolley. hehe :)

Friday, August 26, 2011

bila makin besar

when you are growing older and become the elder you will be more matured with naggingness, blabberingness and so on. HAHA

TV1

bicara rakyat
merdekakah minda rakyat?
BEST! tapi xtgk smpai habes

dia demam

kasihan awak kan?
selalunye awak jadi tempat mengadu.
mesti demam one of the reason sebab saya.
mesti awk pening kan?
dah sembuh ti, i'll promise you xnak susahkan awk lagi. TADA~

belajar selagi boleh

erm, saya skg xhabis degree lagi
so, nak habiskan degree,
nak ambik master,
pastu PhD.
Tapi tengoklah mana2 kosong ti ada untuk saya kawin. yeahhhH!! Nak kawen jugak!
Kalo xde calon taim tue, nak suh mak gi pinang doktor sorang. hehe. kalo doktor yg real xde, cukuplah sekadar doktor yg jadi pengubat hati yang lara ni. Skrg, saya dah xkenal perigi mencari timba. semua saya carik la kalo elok :)

berjiwa muda

saya ni tak faham la dengan diri saya. kejap happy, kejap sedih, kejap tak sedih tapi xhepi. TENSION jugak tengok diri ni. Canteqq tapi cam manela tuan empunya diri boleh xfaham diri. Pelik kan? janganlah sia-siakan kecomelan anda ye cik dalilah! HAHA

mungkin ini yang dinamakan berjiwa muda! YeaHhHH!!

Thursday, August 25, 2011

sad feeling?

sepatutnye, today i supposed to be a very happy person coz praktikum dah over but why im still searching for my own feeling. Dunno my real feeling. :( but feeling so sad.

Wednesday, August 24, 2011

jangan ingat

Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman.al baqarah 223



huhu. saya post ni bukan ada maksud pape pon. bukannya saya nak kahwin skrg pun. untuk ambil peringatan aja. huhuk. mentang2 lah post saya sume sal kahwin, jodoh, cinta. jangan ingatla saya nak kahwin skrg. cuma nak bagi sedra diri sket yang saya ni semakin membesar. huhu. nak tua dahhhh! TENSION JE! tapi apakan daya, usia takkan la makin muda pulak kan? takpe lah. makin tua pon, comel masih ada. manisnya pun xberkurang. hek3 ;)

Tuesday, August 23, 2011

mencari-suami@JS.com

sedih nie. baca novel. mula2 ssuka sangat tapi bila klimaks, suami dia meninggal, sedih. tu yg sengaja tinggal baca tu. xnak baca. nak update blog ni dlu. karang nangis xingat dunia pulak. ayyo. hehehe. spatotnya bc la doa byk2 cri lailatulQadr lagi baik.

tapu novel itu buat saya sedih. biaselah kan, bila baca novel, mestilah assume saya yg jadi heroin tapi bila dah suami meninggal takkan la kita pinta kannn? :(
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...nak nangis jugak wlpn bukan suami saya. huhu.

Monday, August 22, 2011

baju raya

alhamdulillah. dah beli. warna purple. tapi xmatching sgt pon ngan tudung. karang kalah mak datin. hakhakhak ;)

senyum suka hati.

cinta hri ini

pengertian cinta untuk hari ini.
cinta ibarat bila kita memerlukannya, cinta itu akan hadir menyelamatkan kita kerana cinta itu menolong kita di saat kita memerlukannya. :) Macam saya tadi, tgh pikir nak tanya pejabat pasal nak hantar motor ke upsi, tetiba je ada mesej masuk tanya nak anta motor ke tak. hehehe. memang dia tahu saya perlukannya agaknya. cuma tadi tak kena la pulak, taim saya masak boleh pulak dia kol. saya punya syok2 masak, seb baik tak hangus je ikan tadi.kikiki. tapi, kejap jela. kena pandai la kawal cinta tu. dah tnye bnda perlu, letak jela kol tu, karang hangus pulak ikan saya yang digoreng comel itu. heee

lega

hari nie lega sangat2. rasa cam bru lepas je satu beban atas bahu ni. :) smile. im glad. im so happy. it was a relief that i could do it! Good job Dalilah :)

now, ada new interest. haha. nantikan! jengjengjeng!

di pintu mahligai

baru je lepas tgk cite ' di pintu mahligai'. significant! and i really hope that this story will bring me happiness. even, ending dia quite sad la. i dunno why but tv channels nowadays memang la suka buat touching2 sket. maybe coz of ramadhan kot. huhu.

now, i understand the meaning of appreciating people around us. jangan benci walaupun org tu benci kita. :) k. bear it in my mind ..heheheh

Sunday, August 21, 2011

topup

baru je hajat xnak topup. mesti je ada hal yg nak kena topup. tensi2 . aduh!
ni la bila ada motor kesayangan yang kena ikot ke mana tuan pegi. adeh.

angguk, geleng

kulihat gelang itu
pudar (angguk)
tapi
rindu


terfikir dalam hati, kenapa rinduku padanya tak pudar? (geleng)

*pening2. masalah2. tension seyh!

apakah itu?

saya betol2 rasa tak sedap hati ni.
saya ada buat salah ke?
kepala dah la tengah pusing sekarang ni.
macam mana?
Ya Allah, bagi petunjuk ya. kalao saya ada buat salah, tolong la bagi saya peluang nak perbetulkan kesalahan saya balik.
Saya takut nanti saya tak sempat.
(karang nyawa pendek xsempat nak mintak ampun, nak mintak maaf)

*saya tak tahu apakah perasaan ini.

duhai hati

kenapa hati rasa semacam je hari ni ek?
tetibe hati ni macam kurang senang
tak sedapp je.
macam akan ada something bad happen ye
hurm. Ya Allah, permudahkan urusanku.
Jagalah hatiku ini.
Janganlah dia kecewa.
Berilah dia harapan dengan harapan Engkau akan menunaikannya.
Ya Allah, jagalah hati hambaMu ini.
Hanya kepadaMu tempat untukku mengadu.

p/s:
Orang berilmu dia selalu menang dalam pergaulan kerana dia membiasakan diri; caci disambut dengan senyuman, penghinaan ditangkis dengan lemah lembut, kemarahan dibalas dengan diam dan kejahatan dibalas dengan kebaikan.

sihat. suke.

dah sihat nie. shuke2. suke sangat. turun tadi leh lagi jenguk makanan kat dapur. hehe. kalau tak, kerja mesti terperuk je lam bilik ni ha. hehe. siap boleh lari2 lagi. huhu.

sempat lagi kenakan kiki tadi. Cakap ada benda kat pipi dia. konon nak takutkan dia la. pastu, pap! pipi kena cium! HAHA. padan muka. selalu je kena. sabar jelah adik. dah besar karang xdek hati dh nak cium.kwang3x

< abang din >

saya lelaki. tapi kalau saya ada dekat ngan sorang laki nie, berdebar-debar je. Rasa dia cute sangat. Normalkah aku?


( bini aku tomboy ke?)

kaki novel

em, ni baca novel 'BINI AKU TOMBOY KE?'. haha. lawak jugak la. sambil mesej2 ngan zahidah. Pujuk pergi UMT. Kih3 :).

Watak heroin nyer Zack. Tue pompuan tau bukan laki2 tapi dia ni suka la macam tomboy. xsuke mcm pompuan2 nie ha. Ada sebab la kenapa dya jadik camtu kan.. Hehe. Pompuan pon tapi banyak la dapat love letter dari pompuan. sebab dye cute and macho! HAHA.

K,la. Nak sambung baca lagi nie. :)

Saturday, August 20, 2011

Kau bilang sayang, aku kata benci

Heheh. tajuk punya la power kan? Kah3. Xdelah. xtuju kat sapa2 pon. Baca novel 'MASIH SETIA'..mula2 tak suka pon baca. Kak ieka marah sgt baca novel, dia kata satgi mengarut bukan2. Nanges la. Xleh tidoq la. HAHA. Tapi lain pulak yang jadi. Macam ada something je ngan novel ni lepas baca. Macam bagi makna pulak pada saya. Kenapa? I dont know why. huhu

Rasa macam betul. everything happens because Allah. Allah dah tetapkan. Hehe. Tak payah la kita ni nak condemn ke, nak blame ke, sebab kita xde hak pon. Allah

Banyak gak la ayat2 yang best tau. One of them ;

Duhai lelaki yang tidak mengerti, izinkanlah aku pergi dan lepaskanlah aku dari belenggu ini. Bukan aku tidak mahu menerimamu, tetapi perasaan itu sememangnya tiada. Kosong. Maafkan aku seandainya suatu hari nanti aku terpaksa pergi dan membuatkan hatimu terluka. Maafkan aku, Rudi. Aku bukan mahu mempermainkan perasaanmu, tetapi aku juga tidak mahu melukakan hatimu.

(monolog dalaman Amiera)


Aku sedar, aku bukan perempuan yang layak menandingi perempuan yang kau sayang. Benar katamu tempoh hari, dia seorang wanita yang lemah lembut, wanita yang ideal untuk seorang lelaki dan sesungguhnya engkau bertuah memiliki dirinya. Aku pasrah. Aku sudah lama pasrah sejak mengetahui kau adalah milik perempuan lain. Aku hanya seorang gadis yang tersisih tetapi cuba menjadikan angan-angannya satu impian sekalipun tidak mungkin menjadi kenyataan.


Siapa di hati awak sekarang ni?
Awak.
Apa perasaan awak pada saya sekarang ni?
Sayang.


(monolog Amiera terhadap Dr Malik)

Banyak lagi ayat2 cinta best cuma penat lah nak taip. hehe. k,la. Nak baca buku lain pulak. Tada~

terbaik

tengah meliarkan mata tengok post2 kawan kat fb saya terjumpe satu kata-kata yang cukup bermakna.

Jangan pernah berhenti meminta, kerana ALLAH tidak pernah berhenti untuk memberikan yang terbaik buat kita. :')

jepun

oktober nanti Kim nak pegi jepon. Cam buat lawatan amal la kot. Nak ikot jugak. HUHU. Sedih.

Friday, August 19, 2011

...

sakit perut.. taim ni jugakla dia nak datang!!! TENSION!

azila

ngah mesej ngan budak SPM sek men sg bayor. pegi taim motivasi dlu. she is strong. cuma sometimes people don't like her.

mungkin disebabkan latar belakang dia. very sad to say and hear. saat ni, bersyukur ada family yang cukup sifat dri segi kewarasan dan takde la sakit2. huhu.

saya harap sangat dia boleh berjaya. saya percaya dia kuat. saya pun kena kuatkan semangat dia, bantu dia.

merapu

Dalilah is STRONG! * tetibe

L

Lelaki?
Dah tak wujud kot dalam kamus hidup ni.
Kawan Lelaki?
Maybe yes.
Yang ada kaitan dengan lelaki?
Hurm.. sang suami.
Kena cari yang betul2 boleh diharap dah. Xleh main2, karang xpasal2 jatuh talak. HOHO.


* Skrg, persiapkan diri, perbaiki diri, hehe. Kan nak jadi isteri solehah ti 3 tahun akan datang :)

Harap2 ada yang datang melamar ti. Bia yang terbaik la kan.. Ni ha, tiap hari duk berdoa bia dapat jodoh yang baik, moga dijaga dengan baik. Peace! :)

20 hari bulan

rini bufday kak iqah ( hehe. adik saya cuma saya suka pgl 'kak' sebab nak suh dia cepat matang :D )

munzir ( jay) jatuh tangga tadi taim pukul 9. that time, i still on bed la. demam masih belum kebah lagi.

tapi demam batuk selsema dah kurang. tgl batuk2 je sikit. maybe nanti esok okay dah. cuma kena keep on taking some pills. Selera kena ditambah, sian perut kosong ja. Dah la bukak puasa nasik macam kiki, pastu ssahur dengan air milo or milky cream camtu. Hurm. setiap kali nak bersin punyalah sakit perut ni. huhu :(

bersabar ya perut. nanti saya akan tambah makan banyak2 lagi tau. Be patient ya..

* semalam borak ngan zahidah. hehe. dia bagi terapi. BEST! hehe. make me laugh and wanna laugh. heheh. xnak citer kat sini. bahaya sket. kuikuikui.

* hadiah? em, xtahu nak buat pe ngan hadiah yang dah beli. maybe bagi je la kat sesape yg bertuah ti. huhu. dah xde makna dh. hadiah yg tak berpunyer dah. bukan kita mintak pon benda nih jadi... huhu.
hadiah lain yang nak bagi kena pelangkan sume adiah plak. xdek jodoh nak stay lama. terima jelah.

malam ...

asyik bersin dan hidung mula berair. Nak off jugak lappy nih. Nak solat dan tidur. Huhu. Selamat malam dunia :)

baby teddy


thanks my baby sebab sudi kena peluk ngan saya tiap2 malam :)
awak tak pernah pun lawan saya.
selalu dengar cakap saya.
awak baikk sangat.
awaklah teman suka duka saya.

SAYANGGGG AWAK!

tutup buku dan bukak buku baru

malam ni nak kemas2 folder.
nak delete and rename mana yang perlu.:)
harap semuanya selesai secepat mungkin.

memeriksa diri

salam buat sahabat seIslam :)

baru je lepas baca 'Manhaj Hidup MUSLIM' oleh Al-Syahid Sayyod Qutb. BEST baca buku tue kalau betul-betul mahu faham la kan. buku ditulis orang terkenal terhebat manapun kalau tak de penghayatan memang bagai mencurah air ke daun keladi. Takde langsung yang boleh masuk dalam hati dan dijadikan pedoman hidup.

Tajuk bab nie, memeriksa diri. Ni bukannya suruh periksa ada ke tidak hidung, kepala, otak, mata sepasang atau sepasang telinga atau cukupkah jari. Bukan itu maksudnya... Heheh. mesti pelik kan reader tengok tetiba je byk post belog hari nie. Bukan apa, tengah mencari diri yang sebenarnya dan seiring dengan Islam. Dan saya memang macam tue. Ada masalah sket, kalau takde orang untuk mengadu, mestilah kena baca ayat2 motivasi untuk teruskan hidup. Atlis, i have the basic thing in my life. Saya kena appreciate apa yang saya ada. saya taknak kehilangan apa yang saya ada sekarang. Rupa, wajah, badan masih tidak berubah. Masih cantik kot, cuma kalo kadang2 tue ad jerawat satu dua. haha.

Kawan saya pernah cakap, walaupun saya manje, saya masih kuat. Leh hidup tanpa bantuan cuma kdg2 hidup ni mesti la kena mntk jugak bntuan org kan? Kalau tak, tak guna pulak hiudp bermasyarakat :) Saya simple, in case sedih ke kuciwa ke memang saya atlis ada Allah, ada family, ada kawan untuk beri nasihat, untuk cheer me up. Heheh. Maklumlah the world is not yet ended kalau la kita sedih pon. I just put trust in Him skg. Believe what He give me the best sebab Allah dah rancang dah sume tue. Allah akan bagi kita benda yang penting je. Yang tak penting, keluarkan dari kepala, buang jauh2. xpayah duk pikiaq wat pening ja. Banyak lagi ilmu yang boleh digantikan dengan perkara yang tak berfaedah tue. tak elok kenang benda yang dah lepas. Life must go on. Banyak lagi impian yang belum tercapai. HAHA. Nak study tinggi2, nak g lawat kawan kat negara orang pastu nak berhijrah kat UK kot. Hehe. Tinggi tak angan-angan? Bukan la, nak study sampai kat UK. Nak jugak kenal negara orang. Nak jugak lawat Kim kat Michigan. Huhu. She is a good friend even kami diff agama dan bangsa. Angan-angan tinggi tapi usahanya tak de la mana. Eh, dah terseleweng dah. ok. back to the topic td ye...


Ni sayyid Qutb cakap bila kita telah mengakui telah menerima Islam dan menyatakan iman kepadanya, periksalah apakah benar-benar untuk Allah saja? Apakah anda telah memberikan seluruh kepatuhan dan pengabdian yang sepenuhnya kepada ALLah? Apakah pelayanan terhadap hawa nafsu dan pengabdian terhdp keluarga, saudara-saudara, handai-taulan dan msyrakat sepenuhnya terhapus dari jiwa kita?Apakah kita mencintai atau membenci seseorang atas dasar cintakan Allah?

Apakah dalam cinta dan benci anda tidak terkandung unsur egoisme, atau keangkuhan? Sekali lagi anda harus periksa adakah tindakan anda dalam memberi atau tidak kerana Allah? Adakah semuanya dilakukan untuk mencari Ridha-Nya?

Yang ni saya tanya diri saya.. saya buat semua tue, saya ikhlaskan diri, tapi kalaulah saya tidak ikhlas menerimanya, akan saya pulangkan kembali. Sebab semua tu bukan milik saya lagi. Saya tak nak menerima barang yang bukan lagi milik saya. yang boleh buat saya tak tenteram jika menyimpannya lagi. Dan jika dihulur tangan persahabatan, saya akan terima jika dari awal lagi dimulai dengan persahabatan. sebab? saya tak nak saya kecundang kali kedua. Nak jadi lelabah yang tidak mudah tertipu buat kali kedua. Dan, saya xnak menaruh sebarang harapan. Sia-sia. :) Hehe. Nasib baik kawan yang setia nih ramai. Nak jaga hati. Hati ini FRAGILE. Karang pecah kan xde yang nak tolong pasang balik. huhu. K,lah. nak baca dan bermesej ngan kawan2. BTW, thanks kepada yang sudi membaca. Banyak mengarot nih. Hehehe

Thursday, August 18, 2011

kisah tentang cinta orang tua

nak dengar cite tak? cite ni memang terharu la baca. ni watak sampingan je. pasal Pak Andak yang bekerja sebagai penjaga kambing dengan Mak Andak yang sakit jiwa dan anaknya yang terencat akal. Kisah ni sedih memang menangis la kalo baca. HUHU. tapi nak dipendekkan cerita, anaknya yang terencat akal tue mati disebabkan nak selamatkan kakak yang cantik yang dia suka dan akhirnya kakak yang sebenarnya bencikan dia menangis sebab dia berani menghalang orang jahat (bekas tunang kakak tu) sampai dia mati. Dia tinggalkan pesanan supaya kakak tue jaga mak ngan ayah dia yaitu Pak Andak ngan Mak Andak.

Kisah seterusnya, kakak tue pergilah melawat Pak Andak dan Mak Andak seperti yang diwasiatkan. Kakak tue sebak bila tengok tiap2 hari Mak Andak merayau-rayau tapi waktu pagi tue Pak Andak baru je siap memandikan Mak Andak dan sedang menyikatkan rambut Mak Andak. Kakak tue pelik dan tanya Pak ANdak kenapa tak hantar je Mak ANdak kat rumah sakit jiwa? Pak Andak cakap apa tau?

Pak Andak cakap, biarlah orang kata isteri dia gila tapi dia tetap sayangkan isteri dia. Dengan memandi, memakai baju, menyikat dan menyapu bedak kat Mak Andak ni lah dia menunjukkan kasihnya sayang dia terhadap isterinya. Sehari tak nampak memang xlena tidur. Lebih rela mati daripada membiarkan isterinya di rumah sakit jiwa. Lagi sakit dan pedih kalau sehari tak jumpe. Tersentuh hati. huhu.... alangkah bahagia jika ada kasih sayang walaupun akalnya sudah tidak berfungsi .

Mood : jiwang + sedih

ABC (Ayat BerCampur)


hati itu FRAGILE. maksudnya, mudah pecah into broken pieces. so, bila dah pecah after you handle it with care, dont ever regret. sebab? bila dah pecah tue la benda yang FRAGILE tue , kita akan makin careful dan akan bertambah hati-hati.

*p/s: salah di mata kalau tak nampak
salah pada tafsiran jika tidak dinilai

Tapi kalau dah tak bernilai, xpayah la. Baik buang dalam tong sampah. Tapi skg kan ada khas untuk kaca, baikla pergi recycle balik. Hehe.

* p?s: kadang2 saya lupa Allah cintakan saya, saya lupa. Maaf ya Allah. Tapi setiap kali saya bersedih, berduka lara baru saya teringat Allah cintakan saya. Allah bagi peluang untuk saya tebis kesalahan. Sebab cinta Allah adalah dengan tidak akan meninggalkan orang yang dicintainya. Engkau akan bagi peluang untuk perbetulkan kesilapanku.. ( air mata mengalir kerana terlalu alpa sehingga terlupa cinta Allah) hehe. Dah tahu Allah cinta saya, cepat la Dalilah! Ayuh, bangkit! baru baca 11 juzuk je ayat-ayat cinta-Mu. Lagi 19 juzuk :) Permudahkan urusanku ya Allah.


Note : TErima Kasih ALLAH :)

muhasabah diri (ramadhan 5)

“ katakanlah: ‘Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)- surah Al-An’am, Ayat: 162-163.

irony nya ramadhan (Ramadhan 4)

mujarab. ramadhan bulan yang paling mulia. yang mujarab sampai Allah cuba halang setan2, hantu2 daripada menggoda manusia. dan mungkin sebab ramdhan bulan mulia lah Allah kadang-kadang bagi petunjuk supaya bertaubat, kembali ke pangkuan-Nya. Jangan lalai dengan dunia semata-mata yang tiada kesudahannya. (angguk2)

mungkin Allah telah show me the way dengan adanya kehilangan ini. Akanku redha dengan kehendaknya sebab diri ini telah tidak mampu menundukkan terhadap satu perhubungan persahabatan yang tidak halal. Akan ku berdoa moga bertemu yang halal dan restu dari-Nya supaya hidup bahagia selamanya :)

InshaAllah (Ramadhan 3)

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side

InsyaAllah 3x
InsyaAllah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
You’re so confused, wrong decisions you have made,
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side
InsyaAllah 3x
InsyaAllah you’ll find your way
InsyaAllah 3x
InsyaAllah you’ll find your way

Turn to Allah He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hand and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way.
Showed me the way 2x

InsyaAllah 3x
InsyaAllah we’ll find the way

Lagu nasyeed ni by Maher Zain is so close to me. Rasa dekat je dengan pencipta. Sebab?
Setiap kali je kita rasa macam kita give up , rasa down and maybe dumped, rasa kehilangan, rasa sedih, dan bagaikan tiada lagi cahaya yang bersinar, dan tiada jalan untuk kembali jika tersilap, janganlah putus asa dan hilang arah. Allah sentiasa melihat kita. Begitu care tentang hambanya walaupun seringkali kita yang mengebaikan perintah Allah, suruhan Allah malahan begitu dekat kita dengan maksiat dan jalan buntu yang kita rasa macam dah tiada lagi hidup buat kita.

Setiap kali mendengar lagu nie, akanku muhasabah diri sejauhmanakah dekatnya kita, ingatnya kita terhadap pencipta. Mungkin kadangkala kita lalai dan leka dengan permainan dunia tapi janganlah ingat bahawa Allah itu jauh daripada kita. Hakikatnya Allah memerhatikan kita dari jauh, menunggu peluang yang ada jika kita tersungkur, tersasar arah hidup, tergelumang dengan dosa untuk memberi bantuan dan kemaafan serta pengampunan-Nya.
Allah SWT lah yang sebenarnya kawan kita, pendamping kita, pendengar setia kita tatkala tiada yang sudi mendengar luahan hati kita. Thank you Allah.

• Di sini , mungkin ramai yang pernah kuciwa iaitu kecil hati bila diri ditertawwa kerana kebodohan kerana kedegilan kerana kesombongan yang wijud dalam diri. So, kembalilah ke pangkal jalan. Allah lah sebaik-baik pertolongan yang ada. 
• One more, mungkin jugak kadang-kadang kita nie hanya dilihat dan diterima atas sebab kelebihan kita bukannya disebabkan kekurangan yang kita ada. Jadi, bilalah sampai waktu di mana kekurangan itu lebih menyerlah kita akan dipinggirkan, berdoalah agar dikuatkan semangat, dikuatkan hati, dikuatkan akal fikiran supaya semuanya akan menjadi lebih baik

• Ada jugak hari tue tertengok cerita Nikita, sinetron indon la yang banyak di pasaran sekarang nie kan. Ada pak cik tue cakap dan nasihat kepada Nikita bila dia bersedih. Pak cik tu pesan;
Jangan gembira bila mendapat sesuatu
Dan
Jangan bersedih bila kehilangan sesuatu
Kerna
Allah sering menguji hambanya untuk menambah tahap keimanan hambanya.
Dunia ini hanya sementara.
Hidup mestilah seimbang.
Allahlah perancang terbaik.
Sekarang, kita hanya mampu untuk berdoa dan menaruh harapan kepada-Nya andai sesuatu yang hilang itu milik kita, pasti akan dikembalikan jua akhirnya.

********
Saya akhiri warkah ini dengan
Andai itu takdirnya
Akan kuterimanya
Mungkin ada hikmah disebalikNya 

p/s: Yang sudi membaca nukilan ini, silalah perbaiki diri, lihat diri dan iman kita. Percambahkan iman di dada untuk terus kuat ilmu kita.

ramadhan 2

Limpahan syukur dipanjatkan kerana masih lagi berupaya menulis warkah yang serba ringkas dalam keadaan yang kurang sihat. Sakit tekak gara-gara minum air sejuk dan tidur dalam penyaman udara. Kuterbaca satu buletin tarbiah yang diusahakan oleh my former school. Tajuknya ‘Cinta Rasulullah S.A.W. pada Kita’. Betapa bersyukurnya dikurniakan seorang Rasul yang cintakan umatnya tanpa mengenal dan melihatnya. Sekarang ku terbayangkan jiwa Rasulullah s.a.w. masih wujud, apakah yang akan kuperkatakan kepadanya? Kelukah aku? Adakah aku mencintainya sebagaimana seharusnya? Apakah akanku menyerahkan sepenuh jiwa dan ragaku untuk mendekatinya supaya baginda juga turut mencintaiku?

Segalanya telah tertulis aku tidaklah layak untuk mencintainya. Aku hanya seorang pendosa yang kerap melakukan kesalahan dan kesilapan, ya Allah. Aku tak layak pun untuk melihatnya apatah lagi untuk berada dekat disampingnya. Tetapi sebenarnya kemanisan dan keistimewaan nikmat dan limpahan ini tidak akan dapat benar-benar kita rasai tanpa menghayati Islam melalui pintu dan manhaj ‘Hubb’ atau cinta dan kasih sayang. Allah ialah asal segala cinta, tanpa cinta kepada-Nya.. cinta kita kepada Rasul dan makhluk juga adalah sia-sia belaka. Segalanya tidak akan berbuah sekiranya tiada cinta yang sebenar iaitu cinta Rasulullah yang perlu dijadikan bekal dan azimat bagi umat Islam dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar pada hari ini.
Alangkah bertuahnya umat pada hari ini kerana dikurniakan Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda mengungkapkan cintanya dengan ungkapan –ungkapan yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya, “ Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.”n(riwayat al-Darimi).
Jika dilihat ibu bapa yang lebih bersifat material yang tidak kekal sifatnya, tetapi Rasulullah adalah bapa yang lain daripada yang lain. Baginda adalah bapa yang paling mithali dan paling layak menerima segala darjah kebesaran dan pujian. Tak lain dan tidak bukan, Rasulullah jugalah bapa yang membelai dan menyubur jiwa dan roh umarnya agar berjaya di sini dan di alam abadi. Hidup dan matinya hanyalah tamak dengan menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anaknya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya yang tercinta. Baginda juga sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan.
Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah at-Taubah ayat 128. Malah, Rasulullah pernah bersabda:
****************
Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kalkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu.
(riwayat Bukhari dan Muslim).

Begitulah cintanya Rasul kepada kita namun kita? Apakah yang kita lakukan untuk membalas cinta seorang Rasul? Adakah dengan melakukan dosa dan maksiat? Adakah dengan membalas komen-komen di facebook semata-mata?

Cubalah nilai betapa murahnya cinta kita andai hanya dituturkan tanpa dibuktikan. Aku hanyalah cinta seorang pendosa yang sering lupa dan alpa dengan godaan dunia.
Sabda Rasulullah SAW, “ Barangsiapa yang menjalin persahabtan kerana Allah, menyatakan permusuhan kerana Allah, dan meninggalkan sesuatu kerana Allah, maka sesungguhnya ia telah melengkapkan imannya, yakni menjadi orang Mu’min yang sempurna”.
Kudambakan kesempurnaan namun tidak keminta kesempurnaan yang bukan menjadi milikku.
‘ No body is perfect. Just trying to be perfecto’

Sunday, August 14, 2011

gelak kalau lawak

lawak. baca entri sahabat lama tapi xpenah jumpe. sahabat maya la camtu la kan.

Memang lawak entri dia dan habes sume saya komen.kahkahkah.

Saturday, August 13, 2011

surrender

'surrender' maksudnya mengaku kalah? salah. it doesn't mean that giving up but giving in.

Ramadhan

betol kata prof. kalo waktu bukan bulan ramadhan, jangan harap la nak buat solat sunat sebelum/ selepas solat fardhu. Tapi lain pulak pada bulan ramadhan ni. :) Taim puasa nih jugak la rajin tu datang. Bukan kita yang hebat pada bulan ramadhan, tapi, bulan tue yang lagi HEBAT . . .

Kan ? Kan ??

Mood: Subhanallah.

lama menyepi

banyak nak diluahkan tetapi semuanya terbuku di hati .

Waiting for the right time with good mood :)