Limpahan syukur dipanjatkan kerana masih lagi berupaya menulis warkah yang serba ringkas dalam keadaan yang kurang sihat. Sakit tekak gara-gara minum air sejuk dan tidur dalam penyaman udara. Kuterbaca satu buletin tarbiah yang diusahakan oleh my former school. Tajuknya ‘Cinta Rasulullah S.A.W. pada Kita’. Betapa bersyukurnya dikurniakan seorang Rasul yang cintakan umatnya tanpa mengenal dan melihatnya. Sekarang ku terbayangkan jiwa Rasulullah s.a.w. masih wujud, apakah yang akan kuperkatakan kepadanya? Kelukah aku? Adakah aku mencintainya sebagaimana seharusnya? Apakah akanku menyerahkan sepenuh jiwa dan ragaku untuk mendekatinya supaya baginda juga turut mencintaiku?
Segalanya telah tertulis aku tidaklah layak untuk mencintainya. Aku hanya seorang pendosa yang kerap melakukan kesalahan dan kesilapan, ya Allah. Aku tak layak pun untuk melihatnya apatah lagi untuk berada dekat disampingnya. Tetapi sebenarnya kemanisan dan keistimewaan nikmat dan limpahan ini tidak akan dapat benar-benar kita rasai tanpa menghayati Islam melalui pintu dan manhaj ‘Hubb’ atau cinta dan kasih sayang. Allah ialah asal segala cinta, tanpa cinta kepada-Nya.. cinta kita kepada Rasul dan makhluk juga adalah sia-sia belaka. Segalanya tidak akan berbuah sekiranya tiada cinta yang sebenar iaitu cinta Rasulullah yang perlu dijadikan bekal dan azimat bagi umat Islam dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar pada hari ini.
Alangkah bertuahnya umat pada hari ini kerana dikurniakan Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda mengungkapkan cintanya dengan ungkapan –ungkapan yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya, “ Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.”n(riwayat al-Darimi).
Jika dilihat ibu bapa yang lebih bersifat material yang tidak kekal sifatnya, tetapi Rasulullah adalah bapa yang lain daripada yang lain. Baginda adalah bapa yang paling mithali dan paling layak menerima segala darjah kebesaran dan pujian. Tak lain dan tidak bukan, Rasulullah jugalah bapa yang membelai dan menyubur jiwa dan roh umarnya agar berjaya di sini dan di alam abadi. Hidup dan matinya hanyalah tamak dengan menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anaknya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya yang tercinta. Baginda juga sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan.
Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah at-Taubah ayat 128. Malah, Rasulullah pernah bersabda:
****************
Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kalkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu.
(riwayat Bukhari dan Muslim).
Begitulah cintanya Rasul kepada kita namun kita? Apakah yang kita lakukan untuk membalas cinta seorang Rasul? Adakah dengan melakukan dosa dan maksiat? Adakah dengan membalas komen-komen di facebook semata-mata?
Cubalah nilai betapa murahnya cinta kita andai hanya dituturkan tanpa dibuktikan. Aku hanyalah cinta seorang pendosa yang sering lupa dan alpa dengan godaan dunia.
No comments:
Post a Comment